newww

Thursday, December 15, 2011

inTerLok seBagaI wAcANa PerPadUan


1)   DIMENSI PERUBAHAN BUDAYA SOSIAL DAN POLITIK
     TERHADAP PEMBUDAYAAN BANGSA MALAYSIA
           
Di dalam novel ‘Interlok’ ini, terdapat beberapa watak yang dinamik. Antaranya ialah Maniam, Seman, Cing Huat, Yew Seng dan juga Lazim. Mereka ini kesemuanya secara kebetulan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Setiap watak dalam novel ini dipaparkan secara kronologi dengan baik. Terdapat perubahan minda dan sikap yang cuba diketengahkan. Ini akhirnya membawa kepada pemancaran elemen penyatuan yang cukup meyakinkan.
Maniam berpindah dari sebuah estet ke sebuah estet yang lain sehingga dia mendapat pekerjaan di kebun kelapa di Cangkat Lima. Keterbatasan ruang komunikasi dengan kaum lain menjadikan watak Maniam ini kelihatan statik. Sehinggalah dia berjumpa dengan Seman, anak Pak Musa yang pernah menyelamatkannya dalam satu serangan untuk membunuhnya dahulu. Rasa terhutang budi itu membuatkan Maniam begitu akrab dengan Seman. Jelas bahawa, keutuhan jalinan persahabatan mereka adalah berasakan prinsip kemanusiaan yang begitu mendalam. “Bapamu itu, kawan baikku,” akui Maniam kepada Seman.( halaman 291). Ketulusan persahabatan mereka ini menyumbang kepada perpaduan yang kukuh dan utuh.
Seman, anak Pak Musa dan Mak Limah digambarkan sebagai seorany yang tidak berpelajaran. Seman pada awalnya mendendami peniaga Cing Huat. Dalam keadaan huru-hara ekoran pendudukan Jepun, dia telah menyelamatkan Poh Eng, anak Cing Huat dan juga turut menyelamatkan ibunya sendiri. Sikap Seman secara tidak langsung telah mengubah pandangan Cing Huat dalam aspek hubungan kaum. Petikan yang menggambarkan perubahan sikap Cing Huat :
Baru malam ini, dia teringat dan berasa apa yang dikatakan oleh anaknya itu benar. Dia terlalu memandang rendah pada orang Melayu. Dia tidak pernah menganggap mereka manusia beradab seperti dia. Dia selalu mengatakan bahawa mereka pemalas. Dia mahu menari keuntungan sahaja daripada mereka. Kalau mereka memberi keuntungan wang kepadanya, dia berbuat baik, kalau tidak, dia menganggap mereka itu seperti sampah. Sekarang baru dia terasa  bahawa kata-kata anaknya itu benar. Orang-orang Melayu itu pun manusia juga. (halaman 321)

            Yew Seng anak kepada Cing Huat. Wataknya adalah contoh kepada kebangkitan baru kepada generasi kedua ini di Tanah Melayu. Dia menyalahkan penjajah atas polarisasi yang berlaku dan sering bersimpati dengan apa yang dikatakan oleh Lazim tentang kemunduran orang Melayu. Yew Seng menyertai gerakan gerila untuk menentang Jepun dan berjuang di hutan. Sewaktu pulang, dalam dialognya kepada bapanya, dia berkata, “Salah kita juga, kita tak mahu tahu tentang hal mereka. Kita Cuma mahu ambil duit mereka saja. Kita tak pernah kenal hati perut mereka.:(halaman 343). Yew Seng terus berkawan baik dengan Lazim. Walaupun berlainan bangsa, tetapi perubahan diri mereka adalah sama. Masing-masing bangkit dalam kesedaran nasionalisme dalam ideology masing bagi menempuh perubahan arus politik negara masa itu. Pada generasi kedua inilah berlakunya perubahan politik dan sosial di Tanah Melayu yang menjadi penanda kepada perpaduan berdasarkan asas penerimaan secara rela.

2)   INTERLOK –WACANA PERPADUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Secara sosiologinya, Interlok ditulis dengan menggambarkan latar sebenar masyarakat yang menghuni Malaysia selepas kemerdekaan. Semua kaum di Malaysiabersatu padu dalam membentuk perpaduan dalam apa jua bidang sama ada politik,ekonomi dan sosial. Citra masyarakat dalam setiap kaum digambarkan secara lengkapdengan kehidupan yang hakikatnya berlaku pada masa sekarang.Interlok yang ditukangi pengarang adalah menggambarkan satu landasan untuk mempupuk semangat baharu kepada sebuah negara yang sudah keluar dari kurungan  penjajahan. Justeru, Interlok dijadikan landasan untuk menyaran pembaca terutamanya dalam kalangan remaja mencipta perpaduan kaum yang berbeza latar belakang sejarahnya.
Interlok mempunyai auranya sendiri setelah pembaca mula membacanya. Bacaan yang penuh penghayatan dan garapan pengarang melalui plot penceritaan yang baik dan dramatis membuktikan pembaca seolah-olah turut berada di latar peristiwa yang diperincikan, mendengar sendiri percakapan watak dan menyelinap masuk dalam fikirandan perasaan mereka.Interlok juga menunjukkan perwatakan ketiga-tiga watak yang mewakili setiapkaum di Malaysia jelas sudah berbeza berbanding dalam tiga bab yang pertama. Semanmula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu.Ching Huat yang mengakui di tanah inilah tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaumyang lain.
Malah, anak Ching Huat iaitu Yew Seng juga dicorakan sebagai watak yangmemupuk sikap berbaik-baik dengan orang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Ramakrishnan pula digambarkan sebagai watak yang senang membantu orang lain tanpamengira kaum. Justeru, kekuatan Interlok bukan sahaja bergantung pada watak watak yangditonjolkan pengarang, malah penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan jalinan saling bantu-membantu dan saling kasih-mengasihani dalam watak Maniam turut berperanan dalam menjelaskan tema novel tersebut.Melalui Interlok, pengarang menceritakan sedalam-dalamnya tentang sebuahmasyarakat yang berbilang kaum pernah hidup dan berjuang demi masa depan masing-masing. Hal ini diperjelaskan lagi pada setiap watak yang mewakili kaum masing masing meneruskan perjuangan hidup semasa pendudukan Jepun sehinggalah tanah air mereka terkeluar dari kepompong penjajah.
Menerusi Interlok, pengarang menjadi ruang saranan untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan masyarakat. Malah, Interlok menjadi wadah perubahan dalam diri golongan remaja pasca merdeka kerana golonganremaja pada zaman tersebut hanya menjadikan media cetak seperti Interlok untuk mempelajari sejarah dan mengetahui asal-usul mereka. Justeru, anak-anak pada hari inidapat dididik dengan sejarah bangsa dan sangat wajar ditekuni dengan akal yang panjangpenuh saksama.Sastera melalui penggunaan bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan dalamhasil seni mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang mampu menarik hati dan minatpembaca. Melalui pembacaan dan pemahaman ia dapat mendidik, membimbing danmengajar manusia menjadi insan berguna. Sesebuah novel mampu membangunkan modalinsan yang cemerlang. Tidak hairanlah Interlok diangkat sebagai sebuah novel yangmembangunkan bangsa Malaysia di alaf ini tanpa menitikberatkan isu-isu perkauman.
Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, Maniam dan Ching Huat menunjukkan ketiga-tiga kaum di Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain demikesejahteraan dan kemakmuran hidup di Malaysia.Interlok menunjukkan kekuatan kepada anak-anak muda masa kini terhadap perpaduan. Ditunjukkan pada watak Maniam yang berusia 30 tahun, anak Maniam iaitu Ramakrishnan, anak Ching Huat iaitu Yow Seng dan Seman. Semua watak dalam Interlok mencerminkan kesungguhan anak-anak muda dalam mencapai perpaduanwalaupun masing-masing berbeza latar belakang kehidupannya. Justeru, Interlok mengajak rakyat Malaysia yang merdeka mencipta usaha yang bersatu padu.Interlok adalah satu hakikat dalam kehidupan. Perjalanan kehidupan Seman(keluarga Melayu) sebelum merdeka menunjukkan realiti kepada kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu. Begitu juga dengan Ching Huat (keluarga Cina) dan Maniam(keluarga India) keluar dari tanah air masing-masing iaitu India dan China ke tanahMelayu untuk mencari rezeki.
Jelas menunjukkan pada masa itu tanah Melayu pada masaitu dunia rezeki bagi orang luar. Akhirnya, ketiga-tiga watak mewakili kaum masing-masing berusaha untuk memupuk perpaduan di akhir cerita. Interlok yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini mungkin hanyadisebabkan kaitan dengan sistem kasta Paria dan menyentuh isu lembu yang dianggap binatang suci dalam kaum India. Malah ada juga menyentuh kaum Melayu yang dianggap pemalas dan bodoh. Pemilihan diksi tersebut tidak dianggap melampau tetapi bagi sesetengah pihak ia telah dianggap telah menyentuh sensitiviti kaum India dan Melayu.Kesemua isu sensitif itu dileraikan di bab empat yang menunjukkan semua kaum bersatu membina perpaduan demi sebuah Negara yang berdaulat.

No comments: