Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah, Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina, Airmata tiada ertinya, sejarah silam tiada maknanya, sekiranya bangsa tercinta terpinggir, dipersenda dan dilupakan, Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan Biar bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara, air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita, Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan mengangguk dan membenarkan kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita, kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pemngembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga, selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad Mei 1996
|