Tanpa berlengah lagi, aku terus membuka langkah untuk berlalu pergi dari situ. Aku terus menuju ke dewan kuliah untuk mengikuti kelas Falsafah Sosiolinguistik. Tatkala sampai di muka pintu dewan kuliah Anggerik 1, langkahku segera terhenti.Perasaan cemas mula menyelinap segenap ruang jiwaku. Jiwa yang sekian lama kosong dan tidak berpenghuni. Aku sungguh gelisah sekali untuk berhadapan dengan Haikal.
"Ah, kau memang selalu begitu Maya.Bukan aku tak kenal dengan kau. Tempoh hari kau kata kau mahu terlibat dalam pementasan teater 'Kala Hembusan Angin Bertiup' itu? Sekarang kau kata kau tak mahu? Pasti ada sesuatu yang tidak kena bukan?" Haikal meluahkan ketidakpuasan hatinya padaku.
" Bukan seperti yang kau sangka Haikal. Aku cuma sibuk sekarang ni. Aku tidak punya masa untuk semua itu," jelas aku pada Haikal.
" Hah? Kau kata kau sibuk Maya? Setahu aku kau penggiat teater yang cinta akan seni lakonan. Teater jiwa kau Maya," desus Haikal penuh persoalan.
Sinaran matanya jelas menghamparkan seribu satu pengharapan yang teramat tinggi padaku. Namun, aku gusar. Harapan itu tak mungkin mampu aku tunaikan. Jiwa aku sudah mati. Hilang dibawa hembusan angin yang bertiup sayup. Aku tidak mampu melawan itu semua.Hatiku hanya mampu pasrah dan tunduk. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Aku insan yang tewas pada jiwaku sendiri.
" Ya, memang teater itu jiwaku. Tapi itu dulu Haikal. Tidak lagi sekarang. Manusia akan berubah.Tidak selama kita di takuk yang sama. Dan teater sudah mati buatku."
" Maya, kau harus cari semula diri kau yang hilang itu Maya. Kau harus cari tak kira ke mana ia meyepi. Biar di hujung helaan nafasmu, biar di ufuk mentari sekali, kau harus kembali Maya. Teater itu tak akan bernafas ceria tanpamu. Kau jiwa dan naluri 'Kala Hembusan Angin Bertiup', dan kau perlu hadir dalamnya," rayu Haikal.
Sejenak, aku mula mencari jawapan, ke mana hilangnya Maya? Puas aku berfikir, namun jawapan yang ku cari bertemu kehampaan. Ah, persetankan Maya yang dulu. Biar aku jadi diriku sekarang. Aku senang.
" Woi, ko buat ape depan pintu ni? Tak nak masuk ape? Kalau rasa-rasa tak nak masuk kelas tu, balik tido lagi baik la," suara Sepet menempelak padaku sekaligus mematikan lamunanku.
Sepet? Kenapa eh orang panggil dia Sepet? Entahlah, aku pun tak tau. Mungkin sebab mata dia sepet kot. Lupakan pasal sepet tu. Sekarang ni, ape yang aku tak faham mengapa orang di sekeliling gemar menilai seseorang itu dari luaran. Tiadk aku nafikan, Sepet seorang remaja perempuan, tetapi watak serta lakunya seperti seorang lelaki. Tapi taklah ketara sangat. Padaku, ciri-ciri wanita itu masih ada padanya. Cuma, jiwa dia je yang agak ganas sikit. Sikit je la.Tak banyak pun.
" Aku bukan pe Sepet, aku malas lah nak menghadap muka si Haikal tu."
" Ala, yang kau pikir sangat pasal tu nape? Lantak la dia. Kau punya sukalah nak buat apa. Hidup kau," rungut Sepet.
bersambung..............