newww

Sunday, January 24, 2010

cerpen siri 6 - ~siapa mereka pada aku?~

"Untuk apa kau berterima kasih padaku?"

"Tak ada apa Maya.Aku cuma terlalu gembira," jawabnya.

Entah bagaimana , mataku terus tertangkap pada kelibat seseorang yang sedang memerhatikan kami. Dari jauh kurenung wajah itu.

Belum pun sempat ku amati wajah itu, dia pantas melangkah pergi. Aku pasti, dia yang di muka pintu itu seseorang yang aku kenali.

"Marissa!" terpacul nama itu dari bibirku.

"Ah! Kau ni Maya, merepek saja," protes Haikal.
"Mana mungkin itu Cik Marissa kita.Dia telah jauh meninggalkan kita."

Pedulilah apa yang kau mahu katakan Haikal.Namun hati mahupun naluri aku tetap yakin wanita itu adalah dia, Marissa. PeraSaan sangsi mula meracuni fikiranku. Semakin ku pujuk hati ini, semakin degil ia membentak keras.

"Woi, mak cik! Takkan kau nak terus keras kat situ? Jom la 'soru' dulu kalau iye pun.
Perut aku ni, dah bukan keroncong lagi dah.'Rock' , 'indie' semua ada," gurau Haikal.

Hanya senyuman yang mampu aku ukirkan buat membalas gurauannya itu. Begitulah telatah jejaka yang cukup banyak membantu aku selama ini. Mungkin sikapnya yang prihatin tetapi bersahaja itu yang membuat aku rasa begitu dekat dengan dirinya. Rsa selesa secara semula jadi lahir tatkala dia di sisi.

"Kau ni la.Tak boleh tengok aku senang sikit, " ujarku.

"Maafla ye? Aku ni, kalu perut kosong, kau jangan tanya kenapa otak aku ni 'pending'," jawab Haikal penuh selamba.

Suasana kafe yang hiruk-pikuk membuatkan aku rimas.Secara tidak sengaja, fikiranku kembali menerawang memikirkan setiap persoalan yang semakin bersawang. Satu demi satu kenangan lalu bermain di kotak ingatanku.

"Kalau dia ada di samping aku ketika in, kan bagus?" detik hati kecilku.

Meski aku di tengah lambakan manusia yang sedang sibuk dengan rutin masing-masing, aku tetap merasa sunyi. Aku merasa rindu.Aku rindu kamu, Intan.