Mataku liar mencari kelibat manusia yang telah lama kunantikan. Waktu silih berganti, namun aku tetap di sini. Setia menunggu dia yang tiba dengan senyuman meskipun segenap hatiku di penuhi dengan emosi-emosi yang menggila tanpa bertepi. Apakah hipokrit aku ini? Hipokritkah aku? Mungkin.Argh! Tidak! Bukan hipokrit aku ini.Cuma menyembunyikan apa sebenarnya rasaku ini.Sekadar tidak mahu meninggalkan calar pada sekeping hati yang acap kali ku sakiti.
Biarlah pada zahir sahaja aku lemparkan, tidak batinnya. Jika itu mampu membuat senyuman yang terlakar pada wajahnya tidak akan pudar. Aku sendiri tidak pasti sama ada keputusan yang ku ambil ini adalah keinginan mahupun keterpaksaanku.
"Bukan sudah ku katakan semalam jangan biar aku menunggu lama?" soalku dengan nada yang agak keras.
"Erm, ma..ma..maafkan aku Maya.Bukan niat aku nak membiarkan kau menunggu lama,"jawab Haikal lembut.
Lama kurenung wajah anak muda itu. Ada titis-titis air jernih yang membasahi dahinya.
"Pasti dia berlari untuk sampai ke sini," getus hati kecilku.
Kadangkala terbit rasa kasihan pada jejaka ini. Ada sesuatu pada dirinya yang membuatku selesa dengannya. Tidak seperti mawas seekor yang sering menggangguku saban waktu itu.
"Apa benar kau mahu terlibat semula dalam pementasan itu nanti?" soal Haikasl mahukan kepastian.
"Ya, Haikal. Aku dah buat keputusan untuk terus menyelami nadi 'Kala Malam Hembusan Angin Bertiup''" jawabku.
Jelas kelihatan sinar keriangan terpancar di wajah Haikal tatkala kata-kata itu meniti di bibirku. Matanya yang bundal kehitaman itu kulihat berkaca-kaca.Dalam nada yang agak sedu, Haikal mengucapkan terima kasih padaku.
No comments:
Post a Comment