newww

Thursday, July 2, 2009

cerpen siri 4 - siapa mereka pada aku?

Persoalan yang diaju oleh Sepet sia-sia.Hanya kubiarkan persoalan itu terus kabur disebalik kenanganku bersama Intan. Lembaran demi lembaran memori yang tercipta antara kami seketika dulu tersingkap luas, seluas lautan biru. Tak mampu aku menghalang ia daripada terus menerjah ruang ingatanku dan aku tegar membiarkan Sepet penasaran akan jawapan dariku.

"Maya, aku nak sangat suatu hari nanti kalau kita bertiga dah bekerja, kita akan tinggal serumah, " kata-kata Intan mula berlegar-legar di fikiranku.

"Yelah tu, Intan. Lepas tu kau nak suruh aku masak lah kan? Senanglah kau nak makan," aku sekadar berjenaka.

"Eh, mestilah. Kau masak, Sepet kemas rumah. Ok lah tu kan?" jawabnya.

" Amboi! Banyak cantik muka kau? Kitorang buat kerja, kau duduk senang hati je lah ye?"

"Dah tu? Kau nak suruh aku masak? Alamat tak berasap lah dapur tu nanti.Buat bodoh?
Ah, boleh je. Sememangnya kepakaran aku," jawabnya diikuti dengan gelak tawanya yang memecah keheningan petang ketika itu.

Tanpa ku sedari, kebiruan langit kian hilang dibatasi terang magenta. Sang suria juga tunduk memberi ruang pada alam untuk menikmati keindahan kerdipan sang bintang. Sejenak, aku mula terfikir akan kebesaran Yang Maha Esa. Hanya Dia yang mampu menetapkan segala ketentuan dalam hidup ini. PadaNya, aku bersyukur kerana manganugerahkanku, teman-teman yang menjadi penghias latar hidupku. Andai tiada mereka di sisi, samar cahaya yang menerangi hidupku.

" Ya Allah! Aku dah habis mandi pun kau tak habis-habis lagi melayan perasaan tu?" Tegur Sepet.

" Eh, sekarang dah pukul berapa?" tanyaku pada Sepet sambil melihat jam dinding.

"Astaghfirullahallazim!" Istighfarku.

"Aku dah lambat nak pergi latihan teater ni.Ish, itulah kau Maya! Suka sangat nak mengelamun," aku mengomel sendirian.

Sepet yang dari tadi cuma tercegat memerhati hanya tersenyum melihat keletah aku.Maklumlah, orang dah kelam-kabut lah katakan. Hendak ambil tuala, lain pula yang aku capai.

" Hoi, Maya!Kau kata tempoh hari dah tak nak terlibat dalam teater tu. Ape tajuknya? Kala Malam Angin Bertiup?" soal Sepet.

"Hey, mak cik! Sebut tajuk tu biar betul eh? 'Kala Hembusan Angin Bertiup' tajuknya! " Teriakku dari dalam kamar mandi.

"Oops..sori.Ape-ape je lah pun tajuknya. Soalan aku tadi nape tak dijawab?" soal Sepet lagi.

Aku terus diam membisu dan sekali lagi aku membiarkan soalan Sepet tanpa jawapan.Aku malas untuk menceritakan padanya. Bukannya apa, nanti banyak soalnya mengalahkan inspektor polis lagi. Ah, malas aku.

"Maya! Nanti dulu," Haikal memanggilku sebaik sahaja tamat kuliah.

Alamak, apa pula yang budak ni mahu kali ni? Bukan sudah jelas aku tidak mahu terlibat dalam pementasan teater itu? Ya, sudah jelas! Aku tidak mempedulikan panggilan itu. Aku terus meluru keluar dari dewan kuliah dengan niat untuk melepaskan diri dari Haikal.

" Hai Cik Maya ku sayang yang sedang bersiram tu, I keluar dulu eh?" beritahu Sepet.

Ah, suara Sepet mematikan lamunanku.Sudah menjadi kebiasaan suara itu yang akan menempelak padaku setiap hari.

"Kau nak ke mana pula tu?"

"Aku nak pergi 'discussion' dengan member," balas Sepet.

"Member? Ah, Aniss Kamal la tu?"

" Haah. Dia kan member aku juga?" jelas Sepet.

"Iyelah tu. Mula-mula member, lepas tu,aku tak tahulah kan?" sindirku.

" Sudah-sudah lah nak serkap orang mak cik. Yang kau tu? Mr. Iqbal Hakimi kau tu apa cerita? Dah mati kemaruk cinta ke?" sindirnya balik.


bersambung............

4 comments:

sepet yamauchi said...

yes...
finally..
bf aq anis kamal gak...
hehehe..
xsia2 aq cite kat ko..
syg ko lebey....
ily anis kamal!!!

nadiah said...

byk lah ko...
dan2 jek syg aq lbey
erm....
ko tgk lah nnt mcm ne aqwatcter ko nnt...
aq dh adidea...he3...

sepet yamauchi said...

weyh..
aq nk aq ngan anis epy eva afta...
aq syg ko gak..
tp aq syg anis lg bnyk...
hahahha...
=PPP
anis <3 u

nadiah said...

see wat hapen next ya???
he3