newww

Friday, December 31, 2010

IGAUAN

P

agi itu, Naziha merasakan badannya amat lemah sekali. Tak mampu dirasakan untuknya mengerakkan jari-jemarinya apatah lagi untuk bangun dari tidur. Kepalanya rasa berat sekali seperti ada sesuatu yang menimpa di atas dahinya.

“Ziha, bangun. Dah lambat nak gi sekolah ni,” kejut Puan Kartini, ibu kepada Naziha.

“Tini! Oh, Tini! Anak kamu ni tak sihat. Macam mana dia nak ke sekolahnya Tini?” Kali ini, giliran Nek Lijah bersuara lantang. Nek Lijah memang selalu akan menangkan Ziha dalam apa-apa hal sekalipun. Kasih sayang seorang nenek terhadap cucu, memang begitu. Menangkan cucu, anak sendiri pun dimarahinya.

“Betul ke mak? Dah periksa betul-betul dah?” soal Puan Kartini pula.

“Tak ada teruk mananya budak tu. Kejutkan je cepat! Hari ni dah hari terakhir sekolah. Sayang kalau ponteng. Esok dah cuti,” kedengaran suara Tuan Husni membentak keras. Tak sanggup untuk dimarahi oleh ayahnya, Naziha bingkas bangun untuk bersiap ke sekolah dalam keadaan terpaksa.

Tuan Husni memang seoarang ketua keluarga yang tegas serta berdisiplin. Segala arahan mahupun kata-katanya jangan dibantah. Jika tidak, tahu sahajalah bagaimana anginnya akan berpusing. Silap-silap ada sahaja barang kaca yang berkecai. Setelah siap, Naziha menggalas beg sekolahnya lalu membontoti ayahnya untuk ke sekolah. Langkahnya begitu longlai disertai pula dengan wajahnya yang agak pucat. Namun, dia harus akur serta hormat pada ayahnya. Kalaulah abangnya yang menghantarnya ke sekolah, pasti dia sudah terbaring semula di atas katilnya yang empuk bersama bantal busuk serta anak patung kesayangannya.

“Pini! Pini!” Laung Ziha memanggil sahabatnya setelah sampai di hadapan rumahnya. Tuan Husni tidak menunggu Ziha sebaliknya terus menuju ke lombong bersama rakan sekerjanya yang lain. Memang itulah kebiasaan mereka pada hari-hari bersekolah. Tidak lama kemudian, Pini keluar bersama bekal di tangan.

“Bekal mende pula hari ni?” Tanya Ziha sambil menguih-nguih plastik yang mengisi bekal tersebut.

“Mi goreng,” jawab Pini seraya mencuit hidung temannya.

“Nak sikit!” Ziha meraih simpati Pini dengan bibirnya yang dijuihkan sedikit. Namun, Pini sengaja membuat tak endah sahaja.

“Boleh la. Boleh la. Nak sikit. Ya?” dipujuknya lagi temannya itu.

“Iyalah, nanti kita kongsi. Makan sama-sama. Nak?” jawab Pini.

“Yeay! Pini baik! Pini baik! Sayang Pini.”

Kedua-dua anak itu berjalan menuju ke sekolah sambil bergurau- senda antara satu sama lain. Itulah kegembiraan yang dapat dinikmati oleh anak-anak kecil seperti mereka. Usia mereka yang baru lapan tahun tidak memerlukan mereka untuk memikirkan masalah-masalah di sekeliling.

“Moh beli air tembikai nak?” Ziha mencadangkan kepada Pini semasa waktu rehat.

“Nak!” Pini menjerit tanda setuju. Ketika Pini mengeluarkan syiling daripada dompetnya, Ziha terus merentap syiling tersebut.

“Kan dah jatuh! Lain kali janganlah rebut,” marah Pini kepada Ziha. Dia kemudiannya merangkak ke bawah di sebalik celah murid-murid yang lain untuk mencari syiling yang jatuh tadi. Namun, saat itu tiba-tiba sahaja terdengar satu bunyi yang amat kuat.

“Pini!” jerit Ziha sebelum dia juga tidak sedarkan diri. Hampir seminggu Ziha dimasukkan ke wad di Hospital Kampar. Dia kemudiannya dibawa balik ke rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi telahpun stabil.

“Pini! Pini!” Ziha menjerit-jerit memanggil nama sahabatnya Pini sebaik sahaja dia sedarkan diri.

“Ziha, anak mama dah sedar?” Puan Kartini tersenyum melihat puterinya telah sedar.

“Pini mana mama?” Persoalan Ziha itu dibiarkan tidak berjawab. Sengaja. Seluruh keluarga tidak sanggup untuk memberitahu kenyataan bahawa sahabat baiknya itu telah tiada lagi.

“Nak makan bubur? Mama suapkan ya, sayang?”

“Tak nak! Ziha nak Pini! Ziha nak Pini juga!” jerit Ziha secara tiba-tiba. Air mata sayu seorang ibu mengalir perlahan membasahi pipi. Tak sanggup melihat anaknya dalam keadaan begitu. Puan Kartini tersentak tatkala kedengaran suara orang-orang kampung bising di hadapan rumah.

“Mana Husni? Aku nak jumpa dia!

“Pulangkan anak-anak kami! Kenapa anak kami yang menjadi mangsa?”

“Husni! Aku nak kau tanggung semua ni. Kalau bukan kerana kau yang luluskan projek tu, ini semua takkan terjadi. Anak aku, Syafini takkan pergi!” Bentak Pak Jali,ayah kepada Pini. Tidak lama kemudian, pintu rumah Tuan Husni terbuka.

“Kamu nak aku buat apa? Perkara dah nak jadi. Bukan kuasa aku nak halang semua itu! Cubalah bawa berucap sikit. Tak ingat ke Tuhan ke kamu semua ni? Dah tak ada agama?” usai bercakap, pintu rumah terus ditutup rapat.

Ketika mendengar perkara itu, Ziha terus teringat akan peristiwa semasa dia berebut syiling dengan Pini di kantin sekolah. Pini, maafkan Ziha. Hati kecilnya berbisik. Perasan bersalah mula bertunjang ke segenap hatinya. Ziha merasakan dialah yang menjadi punca kematian Pini. Selepas daripada peristiwa tanah runtuh di kawasan perlombongan Kampung Changkat, Kampar itu, ayah Ziha telah meletak jawatan atas desakan orang-orang kampung yang sekeras-kerasnya menyalahkan Tuan Husni. Selain daripada kawasan lombong yang terjejas, Sekolah Rendah Kuala Dipang yang terletak bersebelahan turut terjejas teruk.

Kehidupan keluarga Tuan Husni menjadi kacau-bilau dan tidak tenteram. Setiap hari, ada sahaja perbalahan di antara mereka. Saban hari, keluarga mereka memerima cemuhan yang semakin teruk menyebabkan Tuan Husni mengalami tekanan yang teramat sangat. Silap sedikit sahaja, pasti beliau akan mengamuk satu rumah.

“Kamu nak ke mana Najmi?” Tuan Husni bertanya kepada anak sulungnya.

“Papa peduli apa Mi nak ke mana? Duduk di rumah ni pun buat serabut otak sahaja!” Tak pernah langsung sebelum ini, anak-anaknya melawan apatah lagi meninggikan suara kepadanya.

“Prang!” Hinggap satu tamparan di muka Najmi. Anak muda itu tidak bersuara langsung sebaliknya terus melangkah keluar dari rumah.

“Abang! Abang Husni!” Puan Kartini menampar-nampar pipi suaminya yang berada di ribaannya.

Nek Lijah yang melihat situasi itu dari jauh, terus mendail talian kecemasan hospital. Dalam keadaan tergopoh-gapah, Nek Lijah menuju ke arah Tuan Husni dan Puan Kartini. Tanpa disedari, kakinya tersadung kaki meja hiasan lalu rebah tidak sedarkan diri. Sudah jatuh, ditimpa tangga, malam itu dua pengkebumian dilakukan serentak. Tinggallah Puan Kartini dan Ziha berdua di rumah itu. Kepedihan yang dialami akibat kehilangan sahabat tersayang, dinanarkan lagi dengan pemergian nenek serta ayah yang dikasihi. Sejak daripada itu, Ziha bukan lagi seorang kanak-kanak yang periang serta lincah. Dia membesar dalam kemurungan walaupun setelah berpindah ke pekan lain.

“Pini nak main masak-masak dengan Ziha?” Kadangkala, dia akan bercakap seorang diri. Dia merasakan seolah-olah Pini masih lagi ada bersamanya. Impak daripada kehilangan orang yang tersayang amat besar padanya sebagai seorang anak kecil yang tidak mengerti lagi makna kehidupan.

“Sayang! Mari makan dengan mama. Hari ni mama masak ayam kicap yang Ziha suka tu,” Puan Kartini memanggil anaknya makan. Untuk menjaga Ziha, Puan Kartini terpaksa kuatkan dirinya sendiri. Jika tidak, pada siapa Ziha hendak bergantung hidup?

“Mama, boleh Pini makan dengan kita?” pinta anak kecil itu. Sayu hati Puan Kartini pabila melihat puterinya hidup dalam fantasi yang diciptanya sendiri.

“Boleh sayang.” Terpaksa diturutkan kemahuan anak itu. Jika tidak, rajuknya sukar dipujuk. Kadangkala sampai berhari-hari.

Tak tertahan rasanya jiwa Puan Kartini apabila orang-orang sekeliling memanggil anaknya mental. Rasa bagai dicarik-carik dengan bilah buluh pedihnya. Kehidupan mereka tidak bercampur dengan orang. Daripada terpaksa mendengar cemuhan orang, lebih baik baginya membuat hal sendiri. Namun, antara yang bersifat pesimis itu masih wujud mereka yang baik hati. Tanpa berat hati menghulurkan bantuan ketika diperlukan.

“Nasib baiklah masih ada yang prihatinkan, Mak Yam? Berapa umur Ziha sekarang ni?” Hajar bertanya penuh tanda tanya.

“Masa kejadian tanah runtuh tu berlaku pada tahun 1960, umurnya baru lapan tahun. Hah, kamu kiralah sendiri. Sekarang ni dah tahun 2010.”

“ Sekarang ni, Ziha tinggal bersama siapa?” Tanya Hajar ingin tahu lagi.

“Kamu tahu, pondok usang di hujung kampung tu?” Tanya Mak Yam pula. Hajar cuma mengangguk.

“Di situlah dia tinggal seorang diri sekarang.”

Saturday, December 11, 2010

kasih blok B

adik-adik yang aku sayang di blok B.....

ANIQ BAZLY

aniq...dia yg plg aku syg skali...wpun muka nmpk ganas.....
tp sebenarnya sgtlah manje dan menggedik..
kalau dpt mnari...tak tau nk ckp lah dia punye gedik..
bazly....ank mama....n cucu nenek...
agk hyperactive orgnye...tak reti duk diam...






SYED M. IDRIS

aku knal die ni pun bile slalu lepak gn dak2 filem..
.lame2 ktorg mkin rpt..n slalu story mslh msing2...
slalu buat aku baran....nak tunggu die kalahkan tggu sipot....
punye lmbap...n seorang perokok tegar...xtau nak khabaq lgu mana dah kat dia...
ketegaq sgt...
tp suke sgt renung bulan....oh bulan.....



AKHMAL NAZRI

dia ni bdk teater...hormat pd org tua...agak sopan la jugak...
tp kdg2 slenge gak die ni...
kdg2 sensitif tp fun n enjoy kenal gn dia...




FAZLY@ JAMBU

knl die sbb die dak filem...
tp mula rpt bila bella dh kwn n kapel gn die...
mulut tak ad insurans gak ni...
bengong2 ckit...otak msuk air dak ni...



ape2 pun...akak syg kat korang....


memoir kasih yang tercipta





WANAABEEYU

setiap perkenalan itu mencipta memori....yang menjadikan ikatan yang terjalin itu cukup indah untuk dikenang...mahupun pahit atau manis kenangan itu...pertemuan aku dengan mereka ini...membahagiakan aku..yang dulunya pernah jatuh dan tersungkur...

namun, mereka hadir untuk menjadi pasak buat aku berdiri teguh...ketawa dan tangis aku bersama mereka menjadi layar yang mengemudikan bahtera hidupku....mereka ini hadir seorang demi seorang...dan kami menjadi satu....WANAABEEYU.....


umie, asean, me n eeka


at midvalley(di bwh tpk kaki mak)
anith, yin, asean n me..


karaoke
me, asean, sarah n anith


after penat shopping....
but still posing...


buka puasa bersama...



karaoke lg...

bella the lion n me..
last day of exam...

me n asean..the coffee lovers..



in dku wif ain chelsea...

kenangan bersama korang....
kenangan terindah dlm hidup aku...tenkiu WANAABEEYU!!!!
syg korang semua...see uols next sem....
gud luck!!!!!





memori bersama classmate...fakulti penulisan....
bella,ijie, umie, abg yus, rozie, edd, n jowani
tanks sbb byk mmbantu aku...
semoga kita kan kekal bersama....



















mereka ini, aku rindu....

dia mengajar aku erti persahabatan......
kuraih kasih seorang sahabat...seikhlas hati...
dan...aku jaga ikatan itu setulus mungkin...

intan...aku rindu kamu....
yang amat mengetahui siapa aku....
kau tak pernah jauh dari hidup aku...

INTAN NUR ATIQAH MOHAMAD YUNUS.....







kasihmmu seindah pelangi...
kau warnakan hidupku tatkala dia yang aku rindui...
ada di masa aku perlukan kau...
faham akan diri aku...
kau istimewa bagiku....

ASEAN ISKANDAR.....





dia nilah si kecik yang slalu dgn aku ke mana pun..
ke kelas, kafe, library...hospital..
trima kasih bella...
akak sayang kamu....
takkan pernah tinggalkan kau.....

FARAH NABILA BT SELAMAT......



Sunday, August 29, 2010

seperti jiwa dihidupkan kembali

semenjak aku memijakkan kaki di sini...meresap rasa cinta ke dalam jiwa.aku yang bagaikan bunga yang kelayuan sebelumnya, mekar bak disinar cahaya cinta.walau lelah terasa bahagia.
walau kejang terasa indah. segala yang manis dapat kukutip di sini.
setiap perca-perca hidupku yang berselerakan di pentas realiti tercantum menjadi layar indah.

bahagia yang kurasa disini tak sama seperti bahagia yang kurasa dahulu...siapa diriku yang sebenarnya, yang lama ku mencari, kini kutemui. diriku yang terkapai di lautan bergelora, tenang di tepian pantai bersama hembusan bayu. dingin terasa menusuk sehingga ke kalbu..inilah jiwaku...inilah nadiku...inilah degupan jantungku....

Sunday, July 11, 2010

thanks kak umi!!!



kata kak umi...buku ni merupakan novel yang telah mengangkat martabat novel ke satu tahap yang dapat dibanggakan dalam bidang penulisan...

jalan cerita yang membawa pembaca seperti berada dalam kenyataan..olahan yang dilakukan oleh penulis...liana afiera malik...amat teliti sehingga kita ditarik untuk bersama berada di dalam cerita tersebut...

satu persatu watak diperkenalkan.meskipun berlatarkan watak yang ramai..namun pembaca masih dapat mendekati watak-watak tersebut secara halus..peribadi setiap watak jelas terpamer..tidak perlu berteka-teki menimbulkan persoalan..

bukan puteri lindungan bulan...~ membacanya tak terasa menjerihkan walaupun mengandungi 1287ms..lembaran demi lembaran episod suka dan duka kehidupan larasati aisha dari awal keremajaanya sehingga berjaya di lapangan kehidupan seorang niagawati serta isteri yang dicurangi namun tetap setia menumpahkan kasih yang samar...

Saturday, July 10, 2010

~ wasilah cinta weera~






saat mataku terlihat akan senaskhah novel ini, mataku terpaku dek kesempurnaan wajah yang menghiasi kulit hadapan novel tersebut...

perhatianku kemudiannya beralih kepada aksara-aksara yang terlukis indah menjadi patah kata..tersusun menjadi sebuah tajuk yang mempunyai daya tarikan..dengan tinta yang keemasan...mencabar aku untuk membaca ringkasan ceritanya..

ternyata, ringkasan nya amat menarik padaku...ia merupakan sebuah cerita yang hidup...hasil garapan penulis dalam karya ini, amat baik sekali...

kepada semua peminat novel, hayatilah novel ini...pastinya..jiwa anda akan turut menyukainya...

novel pertama, antara berpuluh novel yang kubaca,

yang mampu merempuh benteng air mataku..

yang mampu meredah emosiku...


WASILAH CINTA WEERA... *****


Friday, June 25, 2010

masih terbayang~

17 MEI 2010

hari yang membuatku begitu teruja...

tapi..takut pun ada hari tu..
perasaan bagai tak menentu mencari haluan...

ketika waktu menunjukkan pukul 7.40a.m,

aku sudah sedia ada di hadapan bangunan utama ASWARA...
sebentar lagi aku akan menghadapi sesi temuduga...
buat pertama kali sebenarnya dalam hidupku...

jam 8.30 a.m....

kami diminta masuk ke dewan kuliah utama....
setiap calon diberi kertas soalan yang harus dijawab dalam masa 1jam 30 min...

fuh..!!berpeluh juga menjawab..ingat soalan biase2 je..
sekali dia tanya macam-macam...

makyong lah...seni ukir laa...
filem...karya tokoh..
pelakon dlm filem P.Ramlee pun ditanya!!!

nasib lah minat juga filem2 Melayu klasik...

hah, itu baru paper wajib ASWARA..

jam 10.30 a.m..

calon-calon penulisan diminta masuk semula ke dewan kuliah..
kali ni...kertas soalan dari fakulti penulisan pulak...

buka-buka..tengok2 soalan akhir die susurh
pilih antara

sajak untuk ibu-1muka setengah...

atau

monolog dalaman pada diri sendiri yang mengisahkan tentang konflik dalam membuat pilihan...-1 muka surat stgah juga...

adoi!!
nk pilih mane ni??

akhirnya aku memilih monolog dalaman...
bukan apa...

mudah bagiku...

cuma perlu mengolah sedikit sebahagian daripada novelku
yg telah siap...


dan akhir sekali, jam 2ptg

masa untuk ditemuduga...

selepas seorang calon masuk..
aku makin rasa berdebar...
nak lagi bila diberitahu siapakah gerangan yang akan menemudugaku...

Dato' Anwar Ridhwan- Dekan fakulti@ Sasterawan Negara ke-10

dan

Faisal Tehrani- penulis terkenal yang sangat lah tegas..

tibalah giliranku setelah lama menunggu..

antara soalan2 yang ditanya..

Dato' Anwar : kenapa pilih ASWARA?
sastera tu apa pada pandangan awak?
blah..blah..blah..
boleh berpantun??

aku pun berpantun lah pada saat itu..
naseb baeklah ingat pantun mase pegi brtanding dlu...

p/s: intan: ingat lg tak pantun nie??

orkid nan cantik indah berseri,
gaya ibarat bunga kenanga,
songket dan batik budaya asli,
budaya barat jangan dipuja.

tak habis lagi tu...

faisal tehrani : karya apa yg awak pernah baca?

teramat lah bertuah aku pada hari itu..kerana aku baru sahaja membaca kary A.Samad Said- Balada Hilang Peta...yang mengandungi sajak bertajuk Bumi Sendiri..

dah tu..disuruh ulas pulak..

faisal Tehrani: mengapa minat penulisan...? apa yang boleh awak berikan sebagai sumbamgan dalam bidang ni..??

huh!! soalan macam nak bedil orang je...


dan akhirnya berakhir sesi temuduga pada hari itu..

setelah hampir sebulan menunngu...
akhirnya resah di jiwa terubat..
pabila aku mengetahui bahaw

AKU BERJAYA!!

melangkah ke hadapan bersama tradisi...





intan...

lai....
sue..

dan
mirul....terima kasih..

kerana korang lah aku buat novel tue...

dan sebab itu juga aku mula serius dalam penulisan...


sejuta penghargaan buat korang...

teman-teman terbaik yang pernah aku miliki..dan ingin terus memiliki

persahabatan yang indah dengan korang...

alhamdulillah...

AlHAMDULILLAH...kupanjatkan syukur ke hadrat Illahi..
atas kurniaan Mu...

setitis tangisan pengharapan dariku, Kau balas dengan selautan kasihMu...


terima kasih...

thank you..

syukran...

arigato..

kepada 1) Dato' Anwar Ridhwan- Dekan Fakulti Penulisan Aswara
2) Faisal Tehrani

yang juga merupakan penemuduga pada hari tersebut...

3) serta semua yg terlibat


terima kasih kerana memberi sedikit ruang bagi memboloskan diriku menyelit di tengah lambakan manusia yang ingin menghirup secangkir madu ilmu di Aswara.....

ini yang ku inginkan...
ini yang ku mahu...
ini yang ku harapkan... mengisi peta hidupku yang tiada bersempadan...

ASWARA... melangkah ke hadapan bersama tradisi...

Tuesday, June 15, 2010

what is scoliosis??

Scoliosis is an abnormal curve of the spine.it is not a decease.It is a curving of the spine. The spine curves away from the middle or sideways.Scoliosis is not caused by carrying heavy objects (such as heavy school bags on one shoulder), sports or physical activities, poor standing or sleeping postures, or a lack of calcium in the diet. Scoliosis affects the whole body.







the symptoms...

A doctor may suspect scoliosis if one shoulder appears to be higher than
the other, or the pelvis appears to be tilted. Untrained observers often do not
notice the curving in the earlier stages.Four out of five cases of scoliosis are idiopathic , meaning the cause is unknown. While idiopathic scoliosis tends to run in families, no responsible genes had been identified as of 1997.

Scoliosis causes a noticeable asymmetry in the torso when viewed from the
front or back. The first sign of scoliosis is often seen when a child is wearing a bathing suit or underwear. A child may appear to be standing with one shoulder higher than another.

Patients who have reached skeletal maturity are less likely to have a worsening case. Some severe cases of scoliosis can lead to diminishing lung capacity, putting pressure on the heart, and restricting physical activities.

The signs of scoliosis can include:

1.Uneven musculature on one side of the spine
2.Uneven hips / leg lengths
3.Slow nerve action (in some cases)
4. A rib prominence and/or prominent shoulder blade;
caused by rotation of the ribcage in thoracic scoliosis.





treatment for scoliosis...

Treatments could include:




scoliosis treatment procedure....



P/S: to my cousin, Arifah Alia, hope you will fully recover a.s.a.p...
say no more to scoliosis after this.....:-)

Saturday, May 15, 2010

cerpen siri ke-10 ~siapa mereka pada aku?~

“Please, Iqbal. “Itulah pertama kali aku merayu kepada lelaki itu.

“Ok, tapi dengan syarat,” ujarnya diekori dengan senyuman yang menjengkelkan.

“ Bodohnya kau Maya!” Sepanjang perjalananku ke dewan Kenanga dipenuhi dengan caci-maki. Memang layaknya pun diriku menerima herdikan atas kebodohanku. Mudah sungguh aku mengeluarkan kata setuju. Ke mana hilangnya ego kau Maya? Takkan begitu mudah tembok yang kau bina runtuh? Aku seoarang perempuan tetapi aku tidak mahu menjadi wanita yang sering tewas dek keindahan kota cinta yang diselimuti kata-kata pujangga yang beralaskan kedustaan semata-mata.

“Maya! Nanti dulu!” laungannya membuatkan puluhan pasang mata beralih ke arahku. Aku menjadi segan dalam keadaan begitu. Kenapalah manusia ni tak pernah serik untuk membuat aku gusar? Kadang-kala kegusaran itu sendiri berubah menjadi suatu perasaan yang menggila.

“Apa lagi, Encik Iqbal Dato’ Rahimi?” Amarahku menghempas benteng kesabaranku terhadap jejaka itu. Tidak seperti aku berhadapan dengan Haikal, aku tidak mampu mengolah emosiku buat Iqbal. Ketenangan lautan jiwaku sering diterpa badai emosi yang menggulung tinggi.

“Saudari, gadis manis macam awak ni tak baik marah-marah. Susah nanti. Lagi marah, lagi ramai sang arjuna yang merindu,” Iqbal cuba bersenda sambil matanya melirik tajam ke arahku bersulam senyuman nakalnya itu. Saat itu, kedengaran lagu ‘Betterman’, nyanyian Robbie William beralun merdu mengikut melodi. Tapi, irama itu seperti mesra di cuping telingaku.

“Maya, your phone…” Mungkin lama menanti respon dariku, Iqbal terlebih dahulu menjawab panggilan tersebut. Kadang-kala, sengal juga aku ni. Sampaikan telefon bimbit sendiri berbunyi pun tak sedar. Terang-terang depan mata pula tu. Aduhai.

“Siapa yang telefon?” soalku tatkala tanganku pantas merentap telefon itu daripada Iqbal apabila talian diputuskan. “Pandai-pandai je you jawab panggilan tu. Don’t you know how to respect someone else personal matters? Please, don’t make me hate you. Please…”

Ouch! Looks like someone is blowing,” masih ada nada gurauan dalam kata-katanya. Dia ni faham atau tak? Ada sensitiviti ke tak ada? Masih lagi nak bergurau.”Such a nuisance guy!”

“You cakap apa Maya? Maaf, kurang jelas,” soal Haikal dalam keraguan. Masih menantikan jawapan dariku, dia kekal statik dengan tangannya yang menongkat dagu. Aku hanya tersenyum melihat keletahnya yang mengusik hati. “Erm, tak ada apa. I cakap, you ni kelakar.” Kali ini, gilirannya pula menguntumkan senyuman. Bicara kami tidak berpanjangan. Cuma terhenti di situ sahaja apabila Haikal menumpukan semula perhatiannya pada kuliah dan aku pula sedaya-upaya mengusir cebis-cebis ingatanku pada peristiwa yang berlaku antara aku dan Iqbal tempoh hari.

Setelah kuliah tamat, aku mengatur langkah pulang ke kamar untuk melepaskan lelah. Fikiranku seolah-olah memberi isyarat agar diisi dengan ketenangan yang sudah jarang bertamu. Keinginanku untuk cepat sampai melonjak-lonjak apabila aku terpandang akan sesusuk tubuh yang tak mungkin salah dugaanku. Ya! Dia Iqbal. “Ya Allah, Engkau kaburkanlah pandangannya daripada melihatku”. Langkahku kini kian bertambah kelajuannya diiringi dengan rasa berdebar yang bersarang di pundak hatiku. Degupan jantungku semakin kuat. Rasa berdebar di hati makin rancak iramanya. Kalau tadi, iramanya keroncong, kini sudah beralih ke rentak pop pula. “Ah, sudah! Kenapa pula ni? Sudah macam pentas ‘Muzik-muzik’ pula. Kalau macam ni lah rentaknya, menang tanpa bertanding lah jawabnya.”

Bunyi derap tapak kaki yang semakin dekat menggelisahkanku. Takut. Cemas. Itulah perasaan aku ketika itu. Tatkala aku masih dalam andaian aku sendiri bersama perasaan yang tak menentu itu, terasa seperti bahuku disentuh oleh seseorang. “Tidak! Bukan Haikal. Bukan…”

cerpen siri ke9~ siapa mereka pada aku?~

Iqbal, I’m so sorry. I got to go now,” dengan segera aku memasukkan buku-buku ilmiahku ke dalam beg.

“Eee…cantiknya! Nak tak?” Memori setahun lalu menyingkap kenanganku bersama Intan. Biar hujan membasahi bumi, badai melanda menghempas pantai mahupun taufan hadir tanpa amaran, sayangku pada Intan takkan berkurang.

“Ish, mana la mak cik ni! Kalau tak lambat tak boleh. Mandi pun lambat. Nak bersiap lagilah lambat.Itupun, lepas berpuluh kali aku mendail nombornya, baru nak dijawab, masa tu lah pun baru nak bangun. Kalau tau, baik keluar lambat tadi. Tak adalah bermandi peluh aku kat sini! Dah rupa orang baru balik dari sawah je dah,” mulutku tak henti-henti membebel. Panas hati punya pasal, telingaku juga yang menjadi mangsa mendengar bebelan sendiri. Cukup dua jam hatiku mendidih marah, dia pun sampai. Belum lagi sempat aku bersuara, dia terlebih dahulu menguntumkan senyuman. Senyuman itu bagaikan percikkan air di kali yang menyejukkan gelodak hati yang sedang panas tadi.

“Hai. Lama dah tunggu?” soalnya seperti kebiasaannya.

“Tak lama pun.Biasalah kalau menunggu sejam dua tu kan? Perkara biasalah. Ada juga berteman”.

“Eh, ada orang teman? Siapa?” soalnya balik.

“Ala, sang mentari yang terik memancar.Ganjaran dia pun lumayan. Peluh. Ada muzik latar lagi,”tingkahku sambil mulut menjuih ke arah kenderaan aliran ringan(LRT) yang sedang meluncur laju. Itulah aku. Sekadar marah dalam kiasan. Marah macam mana sekalipun, aku akan tenang setelah Intan ada di hadapanku. Tidak sanggup untuk memarahi apatah lagi menyakitinya. “Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah atas ehsan Mu yang mengizinkan aku meneguk secangkir bahagia yang mekar di ranting persahabatan ini”.

“Nak pergi ke tak? Nanti lambat pula.” Pintu kereta dibuka lalu dia memboloskan dirinya ke dalam. Aku turut melakukan yang sama. Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam pusat membeli-belah Midvalley, kedua-dua kami menghembuskan nafas lega. Bahang mentari yang memancar terik di luar beransur hilang pabila kesejukan penghawa dingin menyapa lembut tubuh kami penuh mesra. ‘Jualan murah akhir tahun’. Itulah yang paling dinanti-nantikan oleh semua penggemar membeli-belah terutama perempuan tanpa mengira golongan.

“Wow! Absolutely perfect to be match with my new top. I’ll take that!” responku yang begitu teruja menyenangkan Intan. Sekali lagi, senyuman yang terukir di wajahnya membawaku melewati denai-denai bahagia. Beg galas berona biru itu kucapai lantas terus berlalu pergi tanpa berpaling kepada Iqbal setelah tersedar lamunanku sudah jauh dari nyata.

No! you can’t Maya!” protes Iqbal. Aku terkesima. Neuron-neuronku terus berhenti melakukan pergerakan. Reseptor-reseptor panas di bawah lapisan kulitku mula mengesan kenaikan suhu di sekeliling. Manik-manik jernih deras mengalir membasahi tubuhku ibarat air di kali tetapi terasa hangat, tidak pula dingin.