newww

Thursday, May 28, 2009

andai ku miliki kudrat


seandainya,
lautan mampu ku renangi,
telah ku bertapak di situ,
menghela nafas di bumi asing,
berteman armada kasih di jiwa,
inginku curahkan semuanya,
buat belahan hatiku,
tidak ada yang sisa,
biar jiwa ini,
tidak lagi terbeban,
dek rinduku pada
dia yang bergelar hawa,



seandainya,
lurah mampu ku turuni,
sudah aku di sisimu,
menemanimu tiap detik dan ketika,
kala kau berteman duka,
ada aku mengukir senyum
di bibirmu,
saat kau dirundung awan gelap,
tanganku dihulur seikhlasnya,
buat menyeka air matamu,


seandainya,
diriku ini punya kudrat,
takkan aku masih di sini,
ibarat pungguk di pohon,
bulan jauh nun di langit,
sekadar memendam rindu,
yang menggila,
hawa itu bulan,
dan akulah pungguknya,
tetap setia menanti,
walau itu kebencianku,
namun hanya buatmu hawa.


NUKILAN: maya khalisa




Sunday, May 24, 2009

~TaGgEd~


Dengan berbesar hati, saya menerima anugerah yang diberi oleh teman terbaik dalam hidup saya, Cik Intan Nur Atiqah. Sayang ko jugak.......


1. copy award di atas utk letak dalam blog anda
2. nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award inz
3. 10 fakta atau hobi sendiri
4. 10 penerima award & describe dieorg



Serba-serbi tentang Intan Nur Atiqah

1.die ni x ske kalah
2. sgt2 manje trutama gn abah die....
3.ske dgn kucing...(Aloyah)
4 tau mkn jer...tp xtau nk mask...(ha3...its reality frenz.... no need 4 me 2 appologize ya??)
5. erm...agak cpat mrh org nye...
6.ske bising cri bnda ilang pas 2 mmbebel pd hal bnda ad dpn mata die...(sowi lah ni point y aq xleh tggl..hu3...)
7. sgt bertuah cz ad aq as ur frenz...he3...brtuah cz aq kn comey????(almk trlebey sudaa...)
8.sweet but xtraordinary nyer persn la dak nie....tp seorg y baek n mmahami aq...tankx 4 being such annoying n fantastic fren.....
9.....nk mtk izin nk tulis lg leh?????





fakta tentang saya....Nurul Nadiah..

1. seorg yg baek hati, pramah, kdg2 laaa.....
2. mulot sy ni agk laser ckit tp brtempat lah...
3. mnat dgn lilin.....wah..best kalo dpt present lilin....tankx intan 4 ur present on my previous bufday...the most lovable candle of all my collection....
4.ske pd keindahan bahasa...sastera adlah jiwa sy...
5. kdg2 sush utk dfahami, n diramal sbb sy ni bkn seperti yg org laen boley liht dr luaran...
6.sgt menyayangi kwn2 sy trutama intan nur atiqah n lai.....syg n windu kt korg....
7. erm...xske dgn bdaya rmaja skrg....
8 impian...~nk lihat bahasa Melayu ini sbg bahasa yg diiktiraf dunia...beso tue cite2..xpe2 berangan xslh asl tau brtmpat...
9. rse2 lah...sy ni ykin pd dri kowt....eh, bkn...sy seorg yg ykin pd dri!!
10. he3....org ckp sy sombong, tp xlah...knal lah sy dlu...


penerima grammy award 4 my blog...

1. my most lovable mom ~ seorg y sgt tbah n cekal dlm idop...haaa,, sgt2 lah grg tp its ok... it's her responsibility...wanita plg sempurna dlm hidupku...love u mom...!!!


2. lailatul asmarina ~ hu3...nie lah kwn aq gdoh...he3...best dpt gdoh gn die..
die ni nmpk je ksar tp lmbut sgt2...sensitif nk mampos.....anyway...luv u fren...

3. sufira ~ die ni dak sabah...tp xad rupe sabah pown....manje gle gn aq tp sgt2 care kt aq....die lah kwn mse aq kt uitm....ktorg ni kpala same jek...sengal2 n gle...mnat pown same...tp y past ktorag musuh..ha3...bkn pe sy MU tp die liverpool....but MU champion EPL ....nme mnje die sufi...

4.zakaria@p.ya~ my abg agkt...seorg y loya burok...sgt2 loya burok...tp sgt care kt aq...syg gle kt die..aha...as abg jek eh???? x lbey dr tue....die ni gle2 cket...ad ker die ckp aq nie awek agkt die???ish3...xptot..mntg2 xad awek...hish...anyway, aq syg kt die....he3...aq pngl die p.ya lanun...cz muke die gnas..

5.sape eh lg??
nt2 laaa...kalu tringt aq tulis eh???wat mse ni, ini je lah dlu

Friday, May 22, 2009

cerpen siri 2 - ~siapa mereka pada aku?~

Tanpa berlengah lagi, aku terus membuka langkah untuk berlalu pergi dari situ. Aku terus menuju ke dewan kuliah untuk mengikuti kelas Falsafah Sosiolinguistik. Tatkala sampai di muka pintu dewan kuliah Anggerik 1, langkahku segera terhenti.Perasaan cemas mula menyelinap segenap ruang jiwaku. Jiwa yang sekian lama kosong dan tidak berpenghuni. Aku sungguh gelisah sekali untuk berhadapan dengan Haikal.


"Ah, kau memang selalu begitu Maya.Bukan aku tak kenal dengan kau. Tempoh hari kau kata kau mahu terlibat dalam pementasan teater 'Kala Hembusan Angin Bertiup' itu? Sekarang kau kata kau tak mahu? Pasti ada sesuatu yang tidak kena bukan?" Haikal meluahkan ketidakpuasan hatinya padaku.
" Bukan seperti yang kau sangka Haikal. Aku cuma sibuk sekarang ni. Aku tidak punya masa untuk semua itu," jelas aku pada Haikal.
" Hah? Kau kata kau sibuk Maya? Setahu aku kau penggiat teater yang cinta akan seni lakonan. Teater jiwa kau Maya," desus Haikal penuh persoalan.

Sinaran matanya jelas menghamparkan seribu satu pengharapan yang teramat tinggi padaku. Namun, aku gusar. Harapan itu tak mungkin mampu aku tunaikan. Jiwa aku sudah mati. Hilang dibawa hembusan angin yang bertiup sayup. Aku tidak mampu melawan itu semua.Hatiku hanya mampu pasrah dan tunduk. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Aku insan yang tewas pada jiwaku sendiri.

" Ya, memang teater itu jiwaku. Tapi itu dulu Haikal. Tidak lagi sekarang. Manusia akan berubah.Tidak selama kita di takuk yang sama. Dan teater sudah mati buatku."

" Maya, kau harus cari semula diri kau yang hilang itu Maya. Kau harus cari tak kira ke mana ia meyepi. Biar di hujung helaan nafasmu, biar di ufuk mentari sekali, kau harus kembali Maya. Teater itu tak akan bernafas ceria tanpamu. Kau jiwa dan naluri 'Kala Hembusan Angin Bertiup', dan kau perlu hadir dalamnya," rayu Haikal.

Sejenak, aku mula mencari jawapan, ke mana hilangnya Maya? Puas aku berfikir, namun jawapan yang ku cari bertemu kehampaan. Ah, persetankan Maya yang dulu. Biar aku jadi diriku sekarang. Aku senang.

" Woi, ko buat ape depan pintu ni? Tak nak masuk ape? Kalau rasa-rasa tak nak masuk kelas tu, balik tido lagi baik la," suara Sepet menempelak padaku sekaligus mematikan lamunanku.

Sepet? Kenapa eh orang panggil dia Sepet? Entahlah, aku pun tak tau. Mungkin sebab mata dia sepet kot. Lupakan pasal sepet tu. Sekarang ni, ape yang aku tak faham mengapa orang di sekeliling gemar menilai seseorang itu dari luaran. Tiadk aku nafikan, Sepet seorang remaja perempuan, tetapi watak serta lakunya seperti seorang lelaki. Tapi taklah ketara sangat. Padaku, ciri-ciri wanita itu masih ada padanya. Cuma, jiwa dia je yang agak ganas sikit. Sikit je la.Tak banyak pun.

" Aku bukan pe Sepet, aku malas lah nak menghadap muka si Haikal tu."
" Ala, yang kau pikir sangat pasal tu nape? Lantak la dia. Kau punya sukalah nak buat apa. Hidup kau," rungut Sepet.


bersambung..............

Thursday, May 21, 2009

sahabat


Bila berkata soal sahabat pula, Nur Sufira nama yang terpacul dalam ingatanku.
Walau perkenalan yang tidak seberapa lama ini, namun, dia layak untuk dijadikan sahabat aku yang faham dan ambil berat padaku. Dia tempat aku bercerita suka dan duka tatkala temanku, Intan tidak bersamaku. Aku bersyukur dapat mengenalimu dan aku juga berterima kasih atas segala-galanya. Aku harap, persahabatan kita akan teguh selamanya atas dasar ikhlas dan jujur.Aku sayang ko Sue....

teman



Bila berkata soal teman, tiada nama lain yang terlintas di benak fikiranku, melainkan nama seorang sahabat yang amat memahami diriku, Intan Nur Atiqah. Terima kasih kerana sudi menjadi teman yang baik. Aku rindu gila nak keluar 'spend time' dengan ko. Rindu dengan kenangan kita, masa kte bertekak, bergaduh and gelak sama-sama sampai berair-air mata.hurm....cepatlah bulan 7. Tak sabar rasa nak tunggu Intan balik. Aku sayang sangat kat ko Intan!!!

Wednesday, May 20, 2009

cerpen siri 1 ~siapa mereka pada aku?~

Langkah aku semakin laju tatkala kedengaran satu suara yang begitu mengangguku. Entah kenapa, lelaki ini seakan tidak mengerti kehendak aku. Apa yang aku inginkan, apa yang ku mahukan dan apa yang ku maksudkan. Namun, setiap kali aku cuba lari dari bayangan adam ini, aku pasti tewas. Dia pantas mendahului langkah-langkah ku.

"Nanti dulu Maya, " pinta Iqbal Hakimi.
"Kau nak ape lagi Bal?" soalku sedikit marah.

Namun, tidak dinafikan, wajah jejaka kelahiran Melaka ini sungguh tampan. Manakan tidak, setiap gadis yang melintasinya pasti terpegun. Tetapi, sedikit pun hatiku tidak tertarik padanya meski saban hari Iqbal mengejar aku. apa tidak ada gadis lain dalam dunia ini? Mengapa mesti aku yang dia cari?

"Maya, awak tak rindu?" persoal Iqbal dengan penuh tanda tanye.
" Rindu sangat-sangat," jawabku selamba.
" Betol ni?" soalnya lagi.
" Ha la, saya rindu kat Intan Nur Atiqah!! My best friend.Kenapa?" balasku lalu melangkah pergi meninggalkan dia termangu keseorangan.

" Nanti dulu, awak nak tak keluar makan dengan saya malam ni?" pintanya.
" Maaf, saya ada hal nak jumpa kawan," daku berdalih.
" Erm, kawan? Boleh saya tau siapa?" rayu Iqbal.
" Er, erm.....ah...Sue. Iye, Sue. Saya nak jumpa Sue," jawabku.




bersambung......

Tuesday, May 19, 2009

ke mana hilang jati diri anak Melayu????

Anak muda hari ini, malu untuk mengaku sebagai Melayu. Mereka tidak lagi bangga berbahasa Melayu. Malahan, martabat bahasa Melayu diperkotak-katikkan oleh mereka. Apa ada pada Bahasa Melayu kata mereka??? Tidak sedarkah mereka bahawa bahasa itulah yang menjadi pertuturan seharian mereka sejak di awal kelahiran lagi???
Mengapa setelah mereka berbelasan tahun baru terdetik bahasa Melayu itu tidak ada 'standard'? Ke mana hilangnya jati diri dalam diri mereka??Jati diri yang ditanam seawal usia setahun jagung??? Cukup mudah bagi mereka melupakan asal-usul mereka???siapa mereka??Bukankah tercatat dalam sijil kelahiran mereka Melayu adalah bangsa mereka??? mengapa diagung-agungkan bahasa barat itu???
Ya.., bahasa Inggeris bahasa global. Tetapi, bahasa Melayu tidak seharusnya dipandang enteng. Indah serta puitis bahasa Melayu itu. Bak kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa. Identiti bangsa Melayu terpamer dengan keindahan bahasanya yang santun malah manis didengar, penuh dengan adab sopan serta kaya dengan budi bahasa.

~PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI~



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat

dari melihat bangsaku dijajah,

Tidak ada yang lebih menyedihkan dari

membiarkan bangsaku dihina,

Airmata tiada ertinya,

sejarah silam tiada maknanya,

sekiranya bangsa tercinta terpinggir,

dipersenda dan dilupakan,

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa

selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan

Biar bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,

air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,

Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemerdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi keringat

dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan

mengangguk dan membenarkan kerana

sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya,

Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,

kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut, pemngembara

malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

menjadi pedagang dan peniaga,

selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera

menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau

yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai

melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana

hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad

Mei 1996