“Iqbal, I’m so sorry. I got to go now,” dengan segera aku memasukkan buku-buku ilmiahku ke dalam beg.
“Eee…cantiknya! Nak tak?” Memori setahun lalu menyingkap kenanganku bersama Intan. Biar hujan membasahi bumi, badai melanda menghempas pantai mahupun taufan hadir tanpa amaran, sayangku pada Intan takkan berkurang.
“Ish, mana la mak cik ni! Kalau tak lambat tak boleh. Mandi pun lambat. Nak bersiap lagilah lambat.Itupun, lepas berpuluh kali aku mendail nombornya, baru nak dijawab, masa tu lah pun baru nak bangun. Kalau tau, baik keluar lambat tadi. Tak adalah bermandi peluh aku kat sini! Dah rupa orang baru balik dari sawah je dah,” mulutku tak henti-henti membebel. Panas hati punya pasal, telingaku juga yang menjadi mangsa mendengar bebelan sendiri. Cukup dua jam hatiku mendidih marah, dia pun sampai. Belum lagi sempat aku bersuara, dia terlebih dahulu menguntumkan senyuman. Senyuman itu bagaikan percikkan air di kali yang menyejukkan gelodak hati yang sedang panas tadi.
“Hai. Lama dah tunggu?” soalnya seperti kebiasaannya.
“Tak lama pun.Biasalah kalau menunggu sejam dua tu kan? Perkara biasalah. Ada juga berteman”.
“Eh, ada orang teman? Siapa?” soalnya balik.
“Ala, sang mentari yang terik memancar.Ganjaran dia pun lumayan. Peluh. Ada muzik latar lagi,”tingkahku sambil mulut menjuih ke arah kenderaan aliran ringan(LRT) yang sedang meluncur laju. Itulah aku. Sekadar marah dalam kiasan. Marah macam mana sekalipun, aku akan tenang setelah Intan ada di hadapanku. Tidak sanggup untuk memarahi apatah lagi menyakitinya. “Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah atas ehsan Mu yang mengizinkan aku meneguk secangkir bahagia yang mekar di ranting persahabatan ini”.
“Nak pergi ke tak? Nanti lambat pula.” Pintu kereta dibuka lalu dia memboloskan dirinya ke dalam. Aku turut melakukan yang sama. Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam pusat membeli-belah Midvalley, kedua-dua kami menghembuskan nafas lega. Bahang mentari yang memancar terik di luar beransur hilang pabila kesejukan penghawa dingin menyapa lembut tubuh kami penuh mesra. ‘Jualan murah akhir tahun’. Itulah yang paling dinanti-nantikan oleh semua penggemar membeli-belah terutama perempuan tanpa mengira golongan.
“Wow! Absolutely perfect to be match with my new top. I’ll take that!” responku yang begitu teruja menyenangkan Intan. Sekali lagi, senyuman yang terukir di wajahnya membawaku melewati denai-denai bahagia. Beg galas berona biru itu kucapai lantas terus berlalu pergi tanpa berpaling kepada Iqbal setelah tersedar lamunanku sudah jauh dari nyata.
“No! you can’t Maya!” protes Iqbal. Aku terkesima. Neuron-neuronku terus berhenti melakukan pergerakan. Reseptor-reseptor panas di bawah lapisan kulitku mula mengesan kenaikan suhu di sekeliling. Manik-manik jernih deras mengalir membasahi tubuhku ibarat air di kali tetapi terasa hangat, tidak pula dingin.
No comments:
Post a Comment