Baru sahaja fikiranku melayang keawang-awangan digamit nostalgia lalu, tiba-tiba aku tersentak dek kedatangan Haikal bersama dua gelas minuman. Aku hampir terlupa niat sebenar aku ke sini. Itulah kau, Maya. Suka sangat nak beremosi. Intan! Intan! Intan! Satu-satunya insan terpenting dalam hidupku selain keluargaku.
“ Nescaffe !” jeritku dengan nada yang agak lantang.
“Ni yang aku sayang kat kau, Haikal,” ujarku dengan senyuman yang melirik.
“Hurm, kalau iye pun, tak payahlah sampai nak menjerit. Satu kafe ni pandang kita tau tak? Malu aku,” desus Haikal.
“Owh, kau malu la kawan dengan aku ni?” soalku. Aku tahu, tak pelah Haikal. Memang betul . Cuma Intan yang faham aku,” jelasku dengan nada yang muram.
Lantas aku memuncungkan bibirku sambil tanganku menguis-nguis penyedut minuman di dalam gelas yang sudah hamper tinggal separuh sahaja.
Ketika itu, kulihat riak wajah Haikal berubah mendung. Mungkin dia terasa dengan kata-kataku tadi. Aku menjadi serba-salah. Patutkah aku meminta maaf padanya? Tapi, aku Maya. Kata-kata maaf tak pernah terungkap olehku buat insan bernama lelaki. Tidak pernah! Perlukah aku ketepikan ego ini untuk menjaga sekeping hati yang telah berulang kali terguris dengan hirisan kata-kata sinisku?
“Weyh, aku tak bermaksud nak buat kau terasa. Aku tak maksudkan pun kata-kata tadi. “ aku menjelaskan padanya.
“Bila pula aku terasa ni? Tak ada bendalah. Aku ok je,” jawabnya berdalih.
“Aku tahu, Intan tak mungkin luput dari ingatan kau. Aku hormat dan sanjung persahabatan korang. Intan bertuah punya kawan seperti kau, “ jelas Haikal lagi. Walaupun Haikal masih berselindung, namun aku yakin dia terkilan dengan kata-kataku. Aku pasti.
“Tak, Haikal. Aku yang bertuah punya kawan seperti Intan,” bisik hati kecilku.
Sahabat, biar kita jauh terpisah oleh benua sekalipun, kau takkan kulupa. Aku pasti merindui kemesraanmu, kenangan kita bersama, gelak dan tawamu. Percayalah! Akanku jaga hubungan ini.aku akan menjaga hatimu lebih daripada aku menjaga hati sendiri. Pasti!
“ Kau tak pernah cuba untuk menyayangi insan lain. Sebab itu, hanya dia yang kau sayang, yang kau ingat,” tutur Haikal.
Tersentak aku dengan kata-kata Haikal itu. Salahkah untuk aku menyayangi sahabat yang memahami aku? Sahabat yang sentiasa di sisiku di saat aku hiba mahupun ketawa?
“Kau tak faham . takkan ada yang faham aku. Aku sayang dia! Terlalu sayang!”
“Tapi, kau tak boleh ketepikan perasaan kau sendiri. Hidup kau!” bentak Haikal.
‘Kau sayang dia. Aku faham. Tapi, tak bermakna kau boleh pinggirkan mereka yang di sekeliling kau,” protes Haikal.
‘Aku tak pernah pinggirkan sesiapa,” jawabku. Seraya itu, otakku ligat memikirkan kebenaran kata-kata Haikal itu. Munkin ada betulnya juga kata-katanya itu.
“Mudah kau berkata,Maya. Habis tu, di mana aku kau letakkan?”soal Haikal.
“Sepet? Iqbal? Pernah tak kami berada dalam hati kau? Sanubari kau walau seketika cuma?” soalnya lagi.Bertubi-tubi soalan daripada Haikal menyentak fikiranku. Benang-benang emosiku semakin berselitrat dihimpit runtunan nurani.
“Kau rasa, apakah Intan juga seperti kau? Ingatkah dia pada kau?” aku kembali diterjah oleh Haikal dengan satu lagi persoalan. Persoalan yang menggetarkan jiwaku.
“Tidak Haikal! Kau tak layak untuk berkata begitu,” aku membela diri. Juga membela dirinya.
Aku tidak tegar untuk melihat dia dijentik. Inikan dilemparkan dengan tuduhan seperti itu. Sungguh kejam fikiran manusiawi ini.