newww

Thursday, December 29, 2011


Rasa Ini

Di sini,
Ingin aku coretkan,
Satu rasa; satu persoalan,
Yang menyingkap,
Segala erti dan makna,
Yang telah lelah aku pendamkan,
Dan tak siapa yang curiga.

Sedangkan,
Senyuman yang diukir sempurna;
Berlatarkan kejerihan jiwaku,
Menanggung beban rasa,
Hanyalah hamparan palsu; hipokrit!
Yang tidak siapa endah,
Pilu menghiris  kecekalan jiwa.

Hanya kebisuan jadi penawar,
Membungkam semua rasa,
Tersimpan rapi di ranting hati,
Buat santapan memori,
Di hari yang mendatang,

Thursday, December 15, 2011

inTerLok seBagaI wAcANa PerPadUan


1)   DIMENSI PERUBAHAN BUDAYA SOSIAL DAN POLITIK
     TERHADAP PEMBUDAYAAN BANGSA MALAYSIA
           
Di dalam novel ‘Interlok’ ini, terdapat beberapa watak yang dinamik. Antaranya ialah Maniam, Seman, Cing Huat, Yew Seng dan juga Lazim. Mereka ini kesemuanya secara kebetulan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Setiap watak dalam novel ini dipaparkan secara kronologi dengan baik. Terdapat perubahan minda dan sikap yang cuba diketengahkan. Ini akhirnya membawa kepada pemancaran elemen penyatuan yang cukup meyakinkan.
Maniam berpindah dari sebuah estet ke sebuah estet yang lain sehingga dia mendapat pekerjaan di kebun kelapa di Cangkat Lima. Keterbatasan ruang komunikasi dengan kaum lain menjadikan watak Maniam ini kelihatan statik. Sehinggalah dia berjumpa dengan Seman, anak Pak Musa yang pernah menyelamatkannya dalam satu serangan untuk membunuhnya dahulu. Rasa terhutang budi itu membuatkan Maniam begitu akrab dengan Seman. Jelas bahawa, keutuhan jalinan persahabatan mereka adalah berasakan prinsip kemanusiaan yang begitu mendalam. “Bapamu itu, kawan baikku,” akui Maniam kepada Seman.( halaman 291). Ketulusan persahabatan mereka ini menyumbang kepada perpaduan yang kukuh dan utuh.
Seman, anak Pak Musa dan Mak Limah digambarkan sebagai seorany yang tidak berpelajaran. Seman pada awalnya mendendami peniaga Cing Huat. Dalam keadaan huru-hara ekoran pendudukan Jepun, dia telah menyelamatkan Poh Eng, anak Cing Huat dan juga turut menyelamatkan ibunya sendiri. Sikap Seman secara tidak langsung telah mengubah pandangan Cing Huat dalam aspek hubungan kaum. Petikan yang menggambarkan perubahan sikap Cing Huat :
Baru malam ini, dia teringat dan berasa apa yang dikatakan oleh anaknya itu benar. Dia terlalu memandang rendah pada orang Melayu. Dia tidak pernah menganggap mereka manusia beradab seperti dia. Dia selalu mengatakan bahawa mereka pemalas. Dia mahu menari keuntungan sahaja daripada mereka. Kalau mereka memberi keuntungan wang kepadanya, dia berbuat baik, kalau tidak, dia menganggap mereka itu seperti sampah. Sekarang baru dia terasa  bahawa kata-kata anaknya itu benar. Orang-orang Melayu itu pun manusia juga. (halaman 321)

            Yew Seng anak kepada Cing Huat. Wataknya adalah contoh kepada kebangkitan baru kepada generasi kedua ini di Tanah Melayu. Dia menyalahkan penjajah atas polarisasi yang berlaku dan sering bersimpati dengan apa yang dikatakan oleh Lazim tentang kemunduran orang Melayu. Yew Seng menyertai gerakan gerila untuk menentang Jepun dan berjuang di hutan. Sewaktu pulang, dalam dialognya kepada bapanya, dia berkata, “Salah kita juga, kita tak mahu tahu tentang hal mereka. Kita Cuma mahu ambil duit mereka saja. Kita tak pernah kenal hati perut mereka.:(halaman 343). Yew Seng terus berkawan baik dengan Lazim. Walaupun berlainan bangsa, tetapi perubahan diri mereka adalah sama. Masing-masing bangkit dalam kesedaran nasionalisme dalam ideology masing bagi menempuh perubahan arus politik negara masa itu. Pada generasi kedua inilah berlakunya perubahan politik dan sosial di Tanah Melayu yang menjadi penanda kepada perpaduan berdasarkan asas penerimaan secara rela.

2)   INTERLOK –WACANA PERPADUAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Secara sosiologinya, Interlok ditulis dengan menggambarkan latar sebenar masyarakat yang menghuni Malaysia selepas kemerdekaan. Semua kaum di Malaysiabersatu padu dalam membentuk perpaduan dalam apa jua bidang sama ada politik,ekonomi dan sosial. Citra masyarakat dalam setiap kaum digambarkan secara lengkapdengan kehidupan yang hakikatnya berlaku pada masa sekarang.Interlok yang ditukangi pengarang adalah menggambarkan satu landasan untuk mempupuk semangat baharu kepada sebuah negara yang sudah keluar dari kurungan  penjajahan. Justeru, Interlok dijadikan landasan untuk menyaran pembaca terutamanya dalam kalangan remaja mencipta perpaduan kaum yang berbeza latar belakang sejarahnya.
Interlok mempunyai auranya sendiri setelah pembaca mula membacanya. Bacaan yang penuh penghayatan dan garapan pengarang melalui plot penceritaan yang baik dan dramatis membuktikan pembaca seolah-olah turut berada di latar peristiwa yang diperincikan, mendengar sendiri percakapan watak dan menyelinap masuk dalam fikirandan perasaan mereka.Interlok juga menunjukkan perwatakan ketiga-tiga watak yang mewakili setiapkaum di Malaysia jelas sudah berbeza berbanding dalam tiga bab yang pertama. Semanmula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu.Ching Huat yang mengakui di tanah inilah tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaumyang lain.
Malah, anak Ching Huat iaitu Yew Seng juga dicorakan sebagai watak yangmemupuk sikap berbaik-baik dengan orang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Ramakrishnan pula digambarkan sebagai watak yang senang membantu orang lain tanpamengira kaum. Justeru, kekuatan Interlok bukan sahaja bergantung pada watak watak yangditonjolkan pengarang, malah penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan jalinan saling bantu-membantu dan saling kasih-mengasihani dalam watak Maniam turut berperanan dalam menjelaskan tema novel tersebut.Melalui Interlok, pengarang menceritakan sedalam-dalamnya tentang sebuahmasyarakat yang berbilang kaum pernah hidup dan berjuang demi masa depan masing-masing. Hal ini diperjelaskan lagi pada setiap watak yang mewakili kaum masing masing meneruskan perjuangan hidup semasa pendudukan Jepun sehinggalah tanah air mereka terkeluar dari kepompong penjajah.
Menerusi Interlok, pengarang menjadi ruang saranan untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan masyarakat. Malah, Interlok menjadi wadah perubahan dalam diri golongan remaja pasca merdeka kerana golonganremaja pada zaman tersebut hanya menjadikan media cetak seperti Interlok untuk mempelajari sejarah dan mengetahui asal-usul mereka. Justeru, anak-anak pada hari inidapat dididik dengan sejarah bangsa dan sangat wajar ditekuni dengan akal yang panjangpenuh saksama.Sastera melalui penggunaan bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan dalamhasil seni mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang mampu menarik hati dan minatpembaca. Melalui pembacaan dan pemahaman ia dapat mendidik, membimbing danmengajar manusia menjadi insan berguna. Sesebuah novel mampu membangunkan modalinsan yang cemerlang. Tidak hairanlah Interlok diangkat sebagai sebuah novel yangmembangunkan bangsa Malaysia di alaf ini tanpa menitikberatkan isu-isu perkauman.
Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, Maniam dan Ching Huat menunjukkan ketiga-tiga kaum di Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain demikesejahteraan dan kemakmuran hidup di Malaysia.Interlok menunjukkan kekuatan kepada anak-anak muda masa kini terhadap perpaduan. Ditunjukkan pada watak Maniam yang berusia 30 tahun, anak Maniam iaitu Ramakrishnan, anak Ching Huat iaitu Yow Seng dan Seman. Semua watak dalam Interlok mencerminkan kesungguhan anak-anak muda dalam mencapai perpaduanwalaupun masing-masing berbeza latar belakang kehidupannya. Justeru, Interlok mengajak rakyat Malaysia yang merdeka mencipta usaha yang bersatu padu.Interlok adalah satu hakikat dalam kehidupan. Perjalanan kehidupan Seman(keluarga Melayu) sebelum merdeka menunjukkan realiti kepada kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu. Begitu juga dengan Ching Huat (keluarga Cina) dan Maniam(keluarga India) keluar dari tanah air masing-masing iaitu India dan China ke tanahMelayu untuk mencari rezeki.
Jelas menunjukkan pada masa itu tanah Melayu pada masaitu dunia rezeki bagi orang luar. Akhirnya, ketiga-tiga watak mewakili kaum masing-masing berusaha untuk memupuk perpaduan di akhir cerita. Interlok yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini mungkin hanyadisebabkan kaitan dengan sistem kasta Paria dan menyentuh isu lembu yang dianggap binatang suci dalam kaum India. Malah ada juga menyentuh kaum Melayu yang dianggap pemalas dan bodoh. Pemilihan diksi tersebut tidak dianggap melampau tetapi bagi sesetengah pihak ia telah dianggap telah menyentuh sensitiviti kaum India dan Melayu.Kesemua isu sensitif itu dileraikan di bab empat yang menunjukkan semua kaum bersatu membina perpaduan demi sebuah Negara yang berdaulat.

Wednesday, December 14, 2011

aKu , KaU, Kita

lelah ku mencari,
tetap tidak ku temui,
ada yang persis dirimu,
namun,
tidak iras dirimu,
kurenung ke dalam matanya,
langsung tidak terbayang akanmu,
pencarianku hampa,

lelah ku menunggu,
andai ada yang hadir,
mirip dirimu,
penantianku sia-sia,
keluhan jawapan penantian,
membiarkanku terus begitu,
tanpa ku temui akhirnya,
cuma kehampaan bertamu,
menyesakkan lagi benak fikiran,

akhirnya,
aku pasrah dan redhe,
takkan ada yang sepertimu,
gelak, tangis, senyuman,
kita kongsi bersama,
menjadi santapan tika rindu,
hanya engkau kukenal,
sebagai sahabat sejati,
anugerah buat diriku,
yang paling indah.

Wednesday, May 25, 2011

kau denyutan nadiku....


yg berdegup selama ini...
nadiku yg kau hidupkan denyutannya....
nafas yg kuhela adlh ihsanmu,
memberi aku ruang menumpang kasih,
bersamamu aku dikandung 9 purnama...

aku menulis di dinihari ini....
hanya untuk berterima kasih kepada mu
yang ku panggil 'EMAK'

mazzreen mariam bt abdullah....
syg padamu....

terima kasih krn memberi kasih syg serta pnjagaan yg terbaik pada ku..
siapa aku hr ini...
hsil usahamu mendidikku, memarahiku, mendisiplinkan ku...
andai tidak kau lakukan semua itu...aku takkan menjadi nadiah zaini yg ada pada hari ini...

aku bersyukur bila dulu,
kau tangan-tangankan aku...
sakit itu manisan dlm hidup aku...
pedih itu penawar duka aku hr ini...
segala itu yg mnjadi benih-benih yg mencambahkan diriku ini...
menjadi seorang insan pd hr ini...

thanks mom...i owe you the whole of my life...

lots of love : ur daughter, nadiah zaini@kakak


Tuesday, May 24, 2011

moment in life






dH Lme taK rSE seroNok mcm ni....

dan

dah Lame JuGak Kitorg tak keluar same2.....




umie@ miylo meow....

and

me: nadiah zaini@MK


da Real CUte Me & deBab@asean


asean N Edd LuiGi


straight away to midvalley
right after the Article Writting paper finish....
what a relief after it was done!!!

EXAM WAS DONE!!!
BYE2...SEE U NEXT SEM....

jln2 gn diorg.....umi, asean n edd...

thanks korg for the precious moment....







PiRAtES oF tHE cARRIBEANS

at Midvalley...

lepas dah tgk nur kasih the movie...,

terasa mcm nk tgk pirates pulak....
Johny Depp@ captain Hook...

eh...silap...filem ni wajib tonton....
its ok....byk hr lg ada... :-)


apa pun.....


NUR KASIH THE MOVIE....

tak rugi untuk ditonton....jln cerita yang digarap sgt menarik dan tidak memboosankan....
sebuah filem yg pnuh emosi yg dpt dirasai kesannya...

TIZ membawa penghayatan sbg Nur Amina dgn baik...
pembinaan karakter di dalam filem ini adlh menarik dan teliti...

perjalanan cerita yg membuatkan penonton tak terasa masa yg berlalu...

tahniah kepada

NUR KASIH THE MOVIE!!!!


Friday, May 20, 2011

aku, kau, dan kita....

di manakah letaknya harga sebuah persahabatan?

adakah tawa riang itu ukurannya?
atau lambakkan material itu cagarannya?

dalam sebuah persahabatan itu, jgn dinilai harganya...

andai telah diletakkan nilai pada persahabatan itu, ia bukan lagi persahabatan yang suci

namun adalah percaturan saham integriti...

jangan dicari sahabat yang sempurna...tapi lihatlah pada mereka yang melengkapi sebuah persahabatan....

jalinlah persahabatan atasa keikhlasan, bukan atas kebendaan...
jangan sampai dinilai sahabat yang dusta...kerana semiskin-miskin manusia,
miskin lagi mereka yang tidak mempunyai sahabat....


p/s: sahabatku, ingtlah...aku menjaga hatimu lebih drpd aku mnjaga hati sendiri....

Friday, May 6, 2011

ssshhhhhhhhhhh........

sssshhhhhhhhhh.............

diam-diam....aku jatuh hati padanya....


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut....

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar....

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan......

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


mungkin...perasaan itu sukar dikawal..tetapi boleh dipelihara...kadangkala kita tak sedar...mengapa, bila, di mana dan kenapa kita jatuh hati pd seseorang... namun...kita juga tak sedar..di sekeliling kita..masih ada insan lain yg lebih sempurna...tetapi kita kabur...


jgn tgglkan seseorang untuk seseorg yg lain hanya krn prkenalan yg singkat...mgkin perasaan itu hanya utk menguji...

nilailah seseorang itu atas peribadi serta akhlaknya...hrgailah apa yang telah kita miliki...